Thursday, 1 November 2012

November 2012 Promotion


KOLAGEN MENTAH (ASLI) - RUMPAI LAUT VIOLET



Buy 2 pack @ RM40  FREE POS 

and 'LIKE' MyFacebook : Kolagen Asli (Rumpai Laut Violet) 

U will get EXTRA 50 g

Wednesday, 31 October 2012

template ni lawa ker

emmmm..ok ke blog template ni...atau perlu di tukar...banyak lagi yang x siap ni...
anyway customers...u can still made an order  walau blog ni belum siap sepenuhnya ya..

Hepi Shoppingggg...

oh ya lupa pulak..anyone yang nak share testimoni Kolagen Mentah (asli) Rumpai Laut Violet or vitamin c dialu2kan


Saturday, 27 October 2012

RUMPAI LAUT / KOLAGEN ASLI

"..MENGAPA BERBELANJA LEBIH UNTUK CANTIK SEDANGKAN KOLAGEN INI LEBIH MURAH DAN HARGA BEPRPATUTAN" -NONA 20 MAY 2012



HARGA :

RM25 /PEK  (100g/pek)
RM40 /2PEK (100g/pek)

FREE KOS POS


KOLAGEN MENTAH RUMPAI LAUT"..MENGAPA BERBELANJA LEBIH UNTUK CANTIK SEDANGKAN KOLAGEN INI LEBIH MURAH DAN HARGA BEPRPATUTAN" -NONA 20 MAY 2012
Kenyataan ini dipetik dalam rancangan Nona baru baru ini. sudah jelas lagi bersuluh, produk organik ini telahpun mendapat kepada masalah kesihatan dan kecantikan sejagat.

taraf perubatan alternatif

INGIN CANTIK!!!!! ANDA TAK ADA BUDJET BESAR!!!!NAK YANG MURAH!!

KESAN SKIN WHITENING PALING CEPAT DIANTARA KOLAGEN KOLAGEN LAIN DI PASARAN!!!!!!!!

KULIT JADI GLOW DAN CERAH SEAWAL 1 MINGGU PENGGUNAAN!!!!!!

IA MERUPAKAN KOLAGEN MENTAH YANG DIPELIHARA DILAUTAN DAN DITERNAK TANPA MENGGUNAKAN BAHAN KIMIA ATAUPUN RACUN SERANGGA. 100% ORGANIK


Khasiat Rumpai Laut (Seaweed)

  •     Membantu menurunkan kolesterol dalam tubuh.
  •     Membantu merawat gastrik.
  •     Bertindak sebagai Antikulat dan Antibakteria.
  •     Membantu menurunkan tekanan darah tinggi.
  •     Memberi tenaga dan menguatkan sistem tubuh.
  •     Membantu menstabilkan kandungan gula dalam darah.
  •     Membantu merawat penyakit gout.
  •     Memberi tenaga dan menguatkan sistem tubuh.
  •     Menguatkan tulang dan sendi.
  •     Meningkatkan sel rawan dan otot.
  •     Merawat penyakit gaut.
  •     Mencegah kanser
  •     Merawat Anemia.
  •     Menurunkan kolestrol dalam tubuh.
  •     Menyerap lebihan garam dalam tubuh(lumpuh).
  •     Melicin dan menegangkan kulit serta payu dara (anti penuaan).
  •     Memulihara sel-sel kulit mati (jerawat).
  •     Menpercepatkan penyembuhan luka.
  •     Menstabilkan kandungan gula dalam darah(kencing manis).
  •     Membersihkan tubuh dari reaksi radikal bebas.
  •     Menberi Kekenyangan(diet).
  •     Melancarkan sistem metabolisme.
  •     Memulihara usus kecil (sembelit).               






    tak rugi mencuba...

**CARA PENYEDIAAN DAN MINUM AKAN DIBERIKAN

TESTIMONI : diri sendiri

Ini adalah pengalaman  Kak D sendiri...sebelum ni Kak D pernah cuba kolagen yang byk kat pasaran tu...tapi bila berhenti kulit kembali kusam dan rasa keletihan..emm..nak kena ambil selalulah maknanya..

Bila jumpa je Rumpai Laut ni..terus kak D cuba

Dalam masa seminggu pengambilan Kak d dh rasa kulit licin..sekarang dh hampir 2 minggu...tumit kaki yang pecah dan kasar dan jd licin dan lembut..badan terasa ringan ..dh x rasa keletihan maklumlah umur dah meningkat metabolisme pun dh kurang..

Ketika pengambilan ni..Kak D ada rasa kulit muka kering dllm 2 atau 3 hari..risau jugak..tapi masih meneruskan minum..alhamdullilah sekarang dh x kering lagi..

setakat ni dulu...insyaallah nanti Kak D update lagi...











Friday, 26 October 2012

SHAKLEE VITAMIN C







Kebaikan Vitamin C dalam kehidupan seharian

          • Diperlukan untuk pertumbuhan dan pembaikan tisu, fungsi kelenjar adrenal, dan juga mendapatkan gusi yang sihat dan gigi.

          • Melindungi sel tubuh daripada kesan-kesan pencemaran

          • Melindungi daripada jangkitan dan selesema, serta meningkatkan imuniti.

          • Membantu untuk mengurangkan tahap kolesterol, tekanan darah tinggi, dan mencegah aterosklerosis.

          • Melindungi daripada pembekuan darah, lebam, menggalakkan penyembuhan luka, dan pengeluaran hormon antistress.

          • Penting untuk penyuburan sel darah putih dan juga bertindak sebagai antihistamin semulajadi yang amat berguna untuk mengurangkan hidung bengkak semasa selesema, dan mengurangkan gejala-gejala lain alergi.

          • Memainkan peranan penting dalam pengeluaran kolagen, yang membantu mencegah penuaan pra-matang.

          • Membunuh bakteria patogenik, yang bertindak sebagai antibiotik yang tidak berbahaya.

          • Melindungi sel-sel otak dan saraf tunjang, yang sering dirosakkan oleh radikal bebas.

          • Membantu tubuh menyerap zat besi yang lebih –> berguna dalam rawatan anemia. Ia memainkan peranan penting dalam penghasilan hemoglobin dan sel darah merah.

          • Merawat jangkitan saluran kencing.

          • Diperlukan untuk metabolisme asid folik dan vitamin lain.

Vitamin C Shaklee, adalah jenis sustained released atau pelepasan perlahan-lahan, dalam masa 12 jam. Oleh itu, ia memastikan tubuh kita mendapat bekalan vitamin C yang berterusan.

Hubungi Saya untuk dapatkan harga istimewa

INFO VITAMIN C

FUNGSI

Vitamin C ialah antioksidan yang diperlukan oleh sekurang-kurangnya 300 fungsi metabolik dalam badan, termasuklah pertumbuhan dan penggantian tisu, fungsi kilang adrenal,  dan untuk gusi yang sihat.  Ia menolong dalam pengeluaran hormon anti-stress dan interferon, sejenis protin sistem imuniti yang penting , dan diperlukan juga untuk metabolisma folik asid , tairosin, dan phenylalanine.  Kajian menunjukkan bahawa dengan mengambil vitamin C boleh mengurangkan gejala penyakit asma. Ia mencegah daripada kesan merbahaya pencemaran , menolong mencegah kanser, memelihara daripada jangkitan, dan meningkatkan imuniti. Vitamin C meningkatkan penyerapan zat besi. Ia boleh bercantum dengan bahan toksik seperti sesetengah logam berat, dan menjadikan mereka tidak merbahaya, oleh yang demekian bahan tersebut boleh dinyahkan daripada badan. Sedangkan racun labah hitam yang bisa boleh ditawarkan dengan memberi vitamin C dalam dos yang tinggi. Vitamin ini juga boleh mengurangkan paras "low-density lipoproteins" (LDL) atau kolestrol yang tidak baik , dan pada masa yang sama meningkatkan " high-density lipoproteins " (HDL) atau kolestrol yang baik , juga menurunkan tekanan darah tinggi dan membantu mencegah " atherosclerosis" . Ia juga sebagai keperluan dalam pembentukan collagen, vitamin C mencegah daripada pembekuan darah yang tidak normal dan lebam , boleh mengurangkan risiko katarak (cataracts), dan mencepatkan penyembuhan luka dan terbakar.

SUMBER

Oleh kerana badan kita tidak boleh menghasilkan vitamin C , ia mestilah diperolehi melalui makanan atau dalam bentuk tambahan. Agak malang, kebanyakkan vitamin C yang diperolehi daripada makanan hilang dalam air kencing. Vitamin C diperolehi daripada buah beri, buah-buahan sitrus, dan sayuran hijau. Sumber yang baik termasuk asparagus, avocado,  black currants, kobis bunga,  anggur, kubis, lemon, mempelam, biji sawi hijau, bawang, oreng, betik, kacang peas hijau,  nenas,  bayam, strawberri, tomato, dan selada air.

KEKURANGAN

Kekurangan vitamin C boleh menyebabkan :
Lemah badan.
Sakit-sakit dan sengal badan.
Bengkak gusi.
Hidung berdarah.
Scurvy ( pendarahan pada badan, lebam-lebam, dan gusi berdarah; gigi mudah tercabut; pendarahan ke dalam otot dan sendi, yang menyebabkan kesakitan).
Anemia


INFO dari :http://moodpro.tripod.com

Wednesday, 17 October 2012

Stok Rumpai Laut Violet dah sampai...dah siap packing...dah leh wat order..free pos RM25

Tuesday, 16 October 2012

APA ITU RUMPAI LAUT


Artikel mengenai Rumpai Laut ni Kak D google jer...dan jumpa dr 2 sumber blog tempatan...harap owner blog bagi permission..lagipun info bergunakan ..credit to them


1) sumber didapati dr : harizamrry.com


Ecuhema adalah sejenis spesis rumpai laut yang tumbuh liar dalam kelompok yang banyak terutamanya di Negeri Sabah, Malaysia Timur. Ianya boleh didapati tumbuh dalam air yang tenang atau dalam medium air yang bergerak perlahan. Kajian saintifik menunjukkan Eucheuma mengandungi bahan berguna yang boleh digunakan dalam proses bio-kemikal dan bio teknologi. Carrageenan, adalah produk yang diperolehi dari rumpai laut yang banyak digunakan oleh pelbagai industri seperti farmasi, kosmetik, kilang penapisan, pengawetan dan juga dalam industri pembuatan bahan letupan dan peluru. Kultur rumpai laut telah menjadi satu bidang yang diminati oleh pelbagai agensi kerajaan terutamanya Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia.

Jenis-jenis rumpai laut
Eucheuma Cottoni dan Echuema Spinosum adalah dua spesis rumpai laut yang lazim ditanam pada masa kini. Perbezaan diantara kedua-dua spesis ini ialah Eucheuma Spinosum mempunyai dahan yang seakan-akan berduri manakala Eucheuma Cottoni tidak.




2)  sumber dr animhosnan.blogspot.com

RUMPAI LAUT (Seaweed)


Rumpai Laut (Seaweed) adalah sejenis tumbuhan yang hidup dalam air masin dalam laut dikawasan yang mempunyai kesesuaian persekitaran semulajadi. Terdapat beratus-ratus spesis rumpailaut didalam laut dari yang jenis rumpailaut dikawasan bersuhu sejuk atau panas, kawasan air cetek atau laut dalam dengan berbagai warna dan bentuk. Malaysia antara negara yang mempunyai kawasan sesuai untuk tumbuhan rumpai laut terutama perairan di Sabah. Maklumat yang saya perolehi menunjukkan negara Indonesia adalah pengeluar rumpai laut terbesar didunia diikuti dengan negara Filipina dan beberapa negara Asia lain. Kerajaan Malaysia dalam pembentangan Bajet 2009 di parlimen telah menyebut bahawa industri rumpailaut akan dimajukan dan ditingkatkan lagi dibawah Program Ekonomi Berimpak Tinggi. Artikel ini saya akan berkongsi maklumat mengenai teknologi pengurusan rumpai laut jenis Euchema cottoni yang saya dapat maklumat dari negara Indonesia, Filipina dan membuat beberapa rujukkan lain iaitu buku dan laman sesawang.
Eucheuma (Foto kanan) adalah sejenis sepsis rumpai laut yang tumbuh liar dalam kelompok yang banyak terutamanya di negeri Sabah, Malaysia Timur. Ianya bleh didapati tumbuh dalam air yang tenang atau medium air yang bergerak perlahan. Kajian saintifik menunjukkan Eucheuma mengandungi bahan berguna yang boleh digunakan dalam proses asas bio-kemikal dan bio-teknologi. Teknologi memelihara dan membangunkan rumpai ini masih dibangunkan lagi untuk mendapatkan hasil yang tinggi dan kualiti yang terbaik. Saya ada melawat projek ini tidak lama dulu dan memang berpotensi untuk pergi lebuh jauh.Antara jenis-jenis Rumpai Laut yang sesuai di komersialkan adalah seperti Eucheuma cottonii (Kiri) dan Euchuema spinosunm (Kanan) iaitu dua jenis runpai laut yang lazim ditanam pada masa kini di Malaysia dan kawasan di Asia Tenggara. Perbezaan antara kedua-dua jenis ini ialah Eucheuma spinosum mempunyai dahan yang seakan-akan berduri manakala Eucheuma cottonii tidak menpunyai dahan berduri. Rumpai laut adalah salah satu tumbuhan yang bernilai tinggi di bawah air laut atau beberapa kawasan sungai di dunia. Ianya adalah tumbuhan yang menarik dan berlainan dari jenis-jenis tumbuhan di laut. Marfologi dan taksonomi rumpailaut jenis ini boleh di baca daripada laman sesawang. Banyak maklumat mengenai teknologi ini di Malaysia yang belum di selongkar lagi.


Teknologi menanam rumpai laut jenis Euchema cottonii yang berwarna keemasan ini agak mudah iaitu dengan mengikat rumpun benih rumpailaut sebanyak 25 jalur pada tali dengan jarak 2 meter antara ikatan. Tali panjang yang ada 250 titik ikatan iaitu dalam kawasan air laut seluas 50m x 50m akan terdapat sebanyak 6,250 ikatan benih rumpailaut. Keperluan benih rumpailaut dianggarkan sebanyak 650 kg. Kawasan ini perlu di periksa selalu untuk mempastikan ikatan tidak terlepas dan membetulkan susunan tali kerana bercantum atau terlepas dari ikatan. Pemerhatian dan amalan yang dijalankan oleh petani rumpailaut di Indonesia lazimanya akan menuai awal dalam masa 30-35 hari lepas tanam. Pada masa ini biasanya untuk diambil bagi dijadikan benih untuk pembesaran projek atau dijual sebagai benih kepada orang lain. Kos yang utama peringkat awal untuk membeli anak benih rumpailaut.

Masa menuai terbaik ialah 45 hari lepas tanam dimana kandungan carrageenan masa tersebut adalah paling baik kualitinya. Carageenan adalah bahan terbaik untuk dibuat bahan pengental atau pembuatan gel seperti kita buat kueh agar-agar. Kaedah menuai adalah dengan mengutip rumpai dari dalam air dan kemudian di jemur diatas para ditempat panas selama 2-3 hari sehingga kandungan air tinggal 38% sahaja dan kandungan kekotoran cuma 3% sahaja. Maklunat yang saya dapati menunjukkan harga ladang rumpailaut kering tersebut dijual pada lingkungan RM 4.00 - RM 5.00 di kepulauan Indonesia sekilogram pada 2009 kini meningkat kepada sebanyak RM 8.00 - RM 10.00 sekilogram pada 2010 akibat permintaan tinggi daripada negara China. Di Sabah agaknya berapa sekilogram sekarang ?

Kawasan pantai laut yang mempunyai kadar kemasinan (salinity) lebih dari 30 ppm dengan air laut jernih amat baik untuk pertumbuhan rumpailaut. Faktur lain kesesuaian adalah seperti gelombang laut dan suhu air yang sesuai serta banyak mengandungi sumber makanan yang terdiri dari natrium dan posfat dalam air laut. Kajian saintis yang dijalankan mendapati kadar kemasinan dibawah 25 ppm akan menyebabkan rumpai laut tidak dapat tumbuh. Air laut yang kotor dengan kemasinan antara 15-20 ppm pula akan terus memusnahkan rumpailaut terutama pada musim hujan monsoon. Kajian di Malaysia belum banyak di jalankan untuk mendapatkan jenis dan lokasi yang produktif kecuali di pantai timur Sabah.
Rumpai laut adalah sayur laut yang mengandungi kekayaan unsur makanan berkhasiat (nutrients). Kita boleh mendapatkan zat ini dalam sayuran atau rumpai laut ini. Rumpai laut telah dibuat makanan dan pelbagai guna beribu tahun dan pada masakini boleh diternakkan secara komersil dan besar-besaran. Sayur laut ini adalah sejenis rumpai yang hidup di dalam laut yang sesuai dengan tiada pencemaran. Rumpai ini boleh menghasilkan pelbagai produk dari sebatian bioaktif (Bioactive compounds) untuk digunakan dalam perubatan, kosmetik dan juga dalam makanan sebagai pengimbang makanan (stabilizer), bahan pengawet (preservatives) dan agar-agar.

Produk dari Rumpai Laut mengambilkira bahan penting iaitu Carageenan. Bahan ini adalah produk yang diperolehi dari rumpai laut yang banyak digunakan oleh pelbagai industri seperti pharmaceutical, kosmetik, kilang penapisan, makanan pengawetan dan juga dalam industri pembuatan bahan letupan dan peluru. Kultur rumpai laut telah menjadi satu bidang yang diminati di kalangan pengusaha gigih di Malaysia, berdasarkan dari galakan dan sokongan yang diberi oleh pelbagai agensi kerajaan terutamanya Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) dan kajian oleh beberapa universiti dan lain-lain. Insentif galakan industri ini perlu di berikan seperti insentif cukai, insentif harga, pekerja, teknologi, penyelidikan dan sebagainya.


Saya harap artikel ini dapat memberikan sedikit maklumat mengenai industri rumpai laut yang di war-warkan oleh PM Malaysia semasa bajet yang mendapat perhatian dalam Projek Berimpak Tinggi (HIP). Walau pun tidak boleh bersaing dengan Indonesia dan Filipina dalam industri ini tetapi kita boleh berkongsi kepakaran teknologi daripada negara tersebut. Diharap industri rumpai laut negara kita akan berkembang pada masa akan datang dengan baik dan berjaya. Sekian.


RUMPAI LAUT......DULU TAK POPULAR....
KINI DI PERHATI....DIMAJUKAN PULA....
BANYAK DI SABAH...SEMENANJUNG SIKIT JE...
ASAL UNTUNG...BUATLAH SAHAJA.....
By,
M Anem

Bekas AO Mersing
 

Pengenalan Nawana Beauty

Ini adalah blog Kak D yang ke-3 khas untuk menjual Rumpai Laut..Blogshop lama yg still aktif

Blog ni Kak d buat semasa Kak D belajar kelas marketing online anjuran MARA Perlis..Tengok lah hasilnya nanti yer...